Gempaklah! Miami Bakal Lancar 5000 NFT Dengan Kerjasama Mastercard & Salesforce

585

Datuk Bandar Miami Francis Suarez menyatakan rancangannya untuk mengeluarkan 5,000 non-fungible token (NFT) Ethereum  pada akhir tahun ini.

Pelan ini akan dilaksanakan melalui kerjasama dengan penerbit majalah TIME USA, Mastercard dan Salesforce.

Ia dikhabarkan dalam proses pembikinan melibatkan 56 artis Miami yang berbeza sebagai pereka NFT.

TIME USA akan membantu mentakrifkan strategi NFT bandar itu, selain ikut serta melaksanakan projek tersebut.

Sementara Mastercard pula berperanan dalam menawarkan faedah ekslusif pemegang NFT Miami seperti akses acara khas di restoran dan lawatan kebudayaan peribadi di bandar.

Dalam pada itu, Salesforce akan menguruskan proses pencetakan dan jualan utama NFT dengan platfotm NFT Cloud baharunya yang belum dikeluarkan lagi di mana ia akan membolehkan jenama untuk membuat dan menjual NFT.

Presiden TIME Keith Grossman, yang juga dalam Lembaga Penasihat Web3 Salesforce, memberitahu bahawa NFT Miami adalah mengenai memberi pemegang keupayaan untuk membuka pengalaman unik.

Ujar beliau lagi, karya seni tersebut akan menggambarkan kepelbagaian luar biasa yang diwakili dalam bandar Miami.

Walaupun di tengah-tengah kejatuhan pasaran kripto, Datuk Bandar Suarez kelihatan tidak tergugat dengan situasi semasa.

Malah, beliau memberitahu bahawa mereka akan terus menggunakan teknologi baharu ini untuk menyokong perniagaan sedia ada sambil menarik yang baharu.

NFT Ethereum di Miami dirancang untuk pelancaran Disember selepas perpindahan Ethereum kepada proof-of-stake (PoS).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat