GEMPAR! Binance Lancarkan Token Saham Tesla (TSLA)!

1,765

Mungkin Elon Musk masih lagi belum menerbitkan matawang kripto tetapi Binance terlebih dahulu melancarkan token saham firma awam miliknya.

Pengumuman itu dimuatnaik sendiri oleh Binance pada hari ini.

Salah satu token saham dan yang pertamanya dilancarkan adalah token saham Tesla (TSLA), firma yang diasaskan jutawan terkenal dunia itu dan beliau juga seorang penggemar Dogecoin (DOGE).

Jelas pertukaran kripto itu lagi, setiap satu token TSLA mewakili satu unit saham Tesla. Pada masa yang sama, perdagangan menggunakan token ini juga tersedia dengan kadar sifar faedah dan terbuka kepada semua pengguna platform itu menerusi akaun mereka.

Produk terbaru Binance itu sepenuhnya bersandarkan pada saham Tesla dalam portfolio simpanan berdasarkan sekuriti Tesla.

Untuk pengetahuan pelabur, produk itu juga dilancarkan dengan kerjasama CM-Equity AG dan platfrom tokenization aset, Digital Assets AG: “Token saham Tesla di Binance akan memiliki saiz dagangan yang minimum 1/100 token saham, mewakili pecahan yang sama seperti saham Tesla.

Token saham itu didagangkan dalam Binance USD (BUSD), stablecoin yang bersandarkan pada dolar AS dan diterbitkan oleh Paxos Trust Co.”

Sebagai bonus, pelabur juga layak untuk menerima faedah yang disediakan oleh firma itu sendiri kepada pemegang sahamnya. Misalnya, mereka layak menerima dividen untuk mengembalikan modal yang sama dengan ekuiti asas, pembahagian saham dan lain-lain.

Boleh juga anggap tindakan Binance memperkenalkan token saham Tesla sebagai penghargaan terhadap Elon Musk yang membawa masuk kripto ke dalam syarikat pembuatan kereta elektrik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat