Gempar! BOJ Antara Punca BTC Bermandikan Darah!

1,208

“Hmm agak-agak BTC boleh turun sampai mana lagi? 50K mustahil tak?”

Pendarahan Bitcoin (BTC) yang semakin ketara ke $61,556 telah menyebabkan pedagang niaga hadapan mata wang kripto yang bertaruh pada harga lebih tinggi mengalami liquidations lebih $440 juta sehingga sesetengahnya jangka aset digital itu bakal cecah $55,000 dalam jangka pendek.

Data menunjukkan bahawa kebanyakan liquidations berlaku pada Binance iaitu $212 juta diikuti oleh OKX pada $170 juta dan perlu diketahui pertaruhan longs pada BTC mengalami kerugian kira-kira $100 juta sahaja.

Bukan itu sahaja, rekod aliran keluar tinggi $640 juta juga berlaku daripada Grayscale Bitcoin Trust ETF (GBTC) dan aliran masuk ke produk lain yang hanya di bawah $500 juta telah menjadikan pasaran kripto menyaksikan aliran keluar bersih $15 juta pada dua hari lepas.

Liquidations turut berlaku apabila bursa kripto menutup secara paksa position leveraj pedagang susulan kerugian sebahagian atau keseluruhan margin awal pedagang, jadi di sini dapat dilihat pedagang tidak dapat memenuhi keperluan margin untuk position leveraj mereka.

Menurut John Glover, Ketua Pejabat Pelaburan Ledn berkata bahawa BTC mungkin meneruskan penurunan sehingga $62,000 atau $55,000 sebelum pusingan seterusnya tetapi dalam masa sama beliau masih mempunyai prospek kenaikan harga jangka panjang.

Selain itu, penurunan harga BTC juga tercetus disebabkan Bank of Japan (BOJ) yang menaikkan kadar faedah penanda arasnya melebihi sifar pada Selasa semalam yang menamatkan lapan tahun kos pinjaman di bawah sifar tanpa akibatkan panik dalam pasaran kewangan.

Pengetatan monetari selanjutnya oleh BOJ boleh membawa kesakitan pada aset berisiko seperti kripto susulan pelabur Jepun selama bertahun-tahun telah jadi antara pengeksport modal terbesar di dunia yang memiliki lebih $1 trilion dalam perbendaharaan dan setengah trilion bon zon euro.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 6.92% pada paras $63,042 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $1 trilion seterusnya mencatatkan penerjunan 11.84% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat