Gempar! Emas Pecah ATH Baharu, Harga Tembus $2,440!

1,007

“Mesti semua gembirakan, harapnya harga emas boleh naik lagi tinggi la.”

Logam kuning emas pada pembukaan pasaran sesi Asia pagi ini memberi kejutan apabila harga sekali lagi menggunung ke paras tertinggi hampir $2,440 daripada penutup dagangannya pada minggu lepas pada $2,411.

Pergerakan kenaikan harga logam berharga yang mencengangkan itu telah disokong oleh harapan baharu para pedagang yang berpandangan Federal Reserve(Fed) Amerika Syarikat (AS) akan melakukan pemotongan kadar faedah tidak lama lagi.

Diperjelaskan lebih lanjut, pedagang menjangkakan akan terdapat pemotongan hampir dua suku mata daripada Fed pada tahun ini, di mana November 2024 mungkin menjadi titik permulaan penting bagi pengurangan kadar faedah.

Bukan itu sahaja, People’s Bank of China (PBoC) yang membeli emas untuk bulan ke-18 berturut-turut pada April 2024 dengan menambah 60,000 troy auns emas pada simpanannya juga adalah punca harga emas memacak tinggi.

Pendakian harganya turut didorong olehpelabur China yang didapati sudah beralih pada emas sebagai aset safe-haven bagi melindungi nilai daripada ketidaktentuan ekonomi yang sejak kebelakangn ini semakin meningkat.

Suka dimaklumkan juga bahawa data terkini menunjukan Turki dan banyak negara di Timur Tengah telah bertindak membeli jongkong emas.

Pun begitu, pedagang dan pembeli emas pada minggu ini masih perlu berhati-hati susulan terdapat minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada 22 Mei dan data Keyakinan Pengguna AS pada 24 Mei yang mampu memberi kesan terhadap harga emas.

Menerusi pemerhatian, penembusan baru-baru ini dapat mendorong emas meneruskan kenaikan sehingga $2,432 dan $2,500 tetapi jika gagal maka harganya boleh tergelincir semula pada $2,355 atau $2,340.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat