Gempar! Presiden Iran Terkorban Nahas Helikopter

806

Laporan terbaru memaklumkan Presiden Iran, Ebrahim Raisi meninggal dunia dalam satu nahas helikopter yang berlaku di barat laut Iran malam semalam.

Menurut laporan, Presiden Raisi bersama pegawai tinggi kerajaan yang lain sedang dalam perjalanan pulang dari majlis perasmian empangan di sempadan Iran-Azerbaijan.

Turut terkorban dalam nahas itu adalah Menteri Luar Iran, Amir Abdollahian, Menteri Luar Negeri Hussein Amir Abdel-Lahyan, Gabenor Wilayah Azerbaijan iaitu Malek Rahmati dan Imam wilayah Tabriz, Muhammad Ali al-Hashem.

Sejak malam tadi sehingga ke pagi ini, operasi menyelamat telah dijalankan dengan operasi berdepan cabaran cuaca buruk yang berkabus tebal di samping lokasi nahas yang bergunung-ganang.

Iran turut meminta bantuan dari Turki untuk operasi pencarian pada waktu malam dan Rusia juga dilaporkan menghantar bantuan pesawat, helikopter dan sejumlah penyelamat gunung yang mahir untuk membantu operasi tersebut.

Setelah lokasi helikopter itu terhempas berjaya dikesan menggunakan tinjauan dron, situasi dilihat kritikal dengan kesan helikopter yang terbakar.

Pegawai Iran memberitahu Reuters bahawa kemungkinan untuk Presiden Iran bersama pegawai yang lain untuk terselamat daripada nahas itu adalah sangat tipis.

Media sedang menantikan kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak Iran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat