Genesis Bakal Jual $1.6 Bilion Saham BTC & ETH, Harga Boleh Terkesan?

770

“Alamak, agak-agak kenapa Genesis tiba-tiba nak jual saham BTC dan ETH?”

Semasa perbicaraan mahkamah diadakan di White Plains New York, Genesis Global telah diluluskan oleh Hakim Kebankrapan Amerika Syarikat (AS) Sean Lane bagi menjual kira-kira 35 juta saham Grayscale Bitcoin Trust bernilai $1.3 bilion.

Dilaporkan juga, Genesis ingin menjual lebih 11 juta saham dua Grayscale Ethereum Trusts di mana nilai gabungannya melebihi $22 juta seperti diperincikan dalam pemfailan mahkamah bertarikh 2 Februari 2024.

Namun, Digital Currency Group (DCG) yang merupakan firma induk Genesis cuba menangguhkan cadangan penjualan sehingga mahkamah muflis memutuskan pelan pembayaran balik hutang anak syarikat itu yang dijadualkan pada akhir bulan ini.

Hal ini kerana DCG bimbang jualan saham Grayscale pramatang boleh menurunkan harga seterusnya meminimumkan potensi pemulihan untuk pemiutang Genesis, oleh itu DCG mencari hak bagi mendapatkan input tentang penjualan saham Grayscale.

Pun begitu, Hakim Sean Lane yang memihak kepada Genesis berkata firmanya mempunyai hak untuk menentukan penjualan strategik asetnya susulan jualan akan dijalankan dari masa ke masa dengan bantuan broker bagi mengelakkan sebarang pemunggahan saham cepat yang boleh menjejaskan harga.

Rentetan itu, Genesis bergerak ke hadapan dengan pelan liquidations yang memerlukan penutupan firma dan membayar balik pelanggan secara tunai atau mata wang kripto tetapi perlu juga bergantung pada jenis deposit mereka.

Di bawah syarat penyelesaian, SEC akan dibayar denda $21 juta jika Genesis mempunyai lebihan dana selepas membayar balik pelanggan dan sebarang dana diperoleh daripada prosiding kebankrapan akan digunakan oleh Peguam Negara New York untuk bantu pemiutang yang didakwa ditipu oleh Genesis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat