Gila Betul GOLD!

3,494

Logam berharga emas terus kukuh selepas diperlihatkan dengan data inflasi perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) AS yang mencatatkan bacaan memberangsangkan pada bulan April.

Petunjuk inflasi kegemaran Federal Reserve (Fed), PCE melonjak lebih kuat pada bulan April dengan catatan 3.1% dari tahun lalu, iaitu paling tinggi sejak tahun 1992 dan melebihi sasaran harga pengguna bank pusat pada 2%.

Pada sesi Asia, logam berharga itu diniagakan lebih tinggi di sekitar harga $1,910 per auns, tertinggi dalam tempoh empat bulan.

Para pelabur terus meningkatkan pegangan terhadap aset safe-haven emas sebagai lindung nilai kepada inflasi, di tengah-tengah tekanan inflasi yang semakin meningkat dan lebih banyak langkah rangsnagan selanjutnya akan dilancarkan oleh AS.

US dolar pula kembali mencatatkan penyusutan walaupun pada mulanya ia meningkat tinggi selepas melihat bacaan data yang optimis, seiring dengan pergerakan hasil bon AS 10 tahun.

Harga emas terus mara, menuju ke tahap tertinggi yang pernah dilihat tahun ini setelah pulih lebih $220 sejak kejatuhan terendah yang dicatatkan pada akhir bulan Mac.

Penganalisis kini menjangkakan harga $1,950 per auns sebagai tahap yang akan menjadi sasaran emas seterusnya, setelah ia berjaya menembusi paras $1,900 pada minggu lalu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat