GOLD Analisa Fundamental Harian 12 Jan 2016

57

moshedfx-forex-malaysia-gold-007

Harga emas susut lebih $13.85/oz Isnin semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $1,093.15/oz sebelum menutup sekitar paras $1,094.05/oz; setelah pasaran kembali tenang, selepas kebimbangan mengenai China mendominasi pasaran minggu lepas. Emas adalah  satu-satunya komoditi yang mengumpulkan minat belian yang besar di tengah-tengah kekecohan risiko semasa di Asia. Pegangan emas oleh dana dagangan bursa meningkat 0.8% pada minggu lalu, menurut Bloomberg.

Ekonomi China merosot. Syarikat-syarikat AS terus berjuang untuk membayar hutang mereka dengan kadar yang meningkat, dan perlu terus menghasilkan pendapatan dan keuntungan. Semua lebihan produksi akan menghancurkan harga, mencederakan ekonomi dan negara yang bergantung kepada komoditi, seperti pasaran negara membangun Brazil dan Venezuela, dan negara-negara maju seperti Australia dan Kanada.

[adrotate group=”6″]

Peralihan risiko akibat geopolitik dan kewangan ini telah melemahkan keyakinan pelabur. Kebimbangan terhadap pertumbuhan global telah meningkat sejak beberapa hari lalu, apabila kelemahan di China mendorong penjualan saham secara besar-besaran di seluruh dunia. Selera pelaburan untuk emas menunjukkan tanda-tanda pemulihan pada minggu lepas. Pegangan dana dagangan bursa bersandarkan emas yang terbesar di dunia, SPDR Gold Shares, meningkat 4.2 tan pada Khamis lalu, menurut data terbaru daripada dana itu.

Jongkong emas sering dilihat sebagai pelaburan alternatif dalam masa kewangan yang tidak menentu, walaupun kenaikan tersebut selalunya bersifat sementara. Emas susut 10% pada tahun lepas berikutan kebimbangan kadar AS yang lebih tinggi akan mengurangkan permintaan bagi aset tidak berkadar dan meningkatkan nilai Dollar. Satu Dollar AS yang lebih kukuh menjadikan emas yang disebut harga dalam Dollar AS, lebih mahal bagi pemegang matawang lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat