GOLD Analisa Fundamental Harian 12 Nov 2015

54

moshedfx-forex-malaysia-gold-010

Harga emas merudum Rabu semalam, lebih $7.20/oz untuk ke paras terendah harian sekitar $1,084.20/oz sebelum menutup sekitar paras $1,084.70/oz; setelah semakin ramai pegawai Federal Reserve AS yang menyokong kenaikan kadar pada Disember ini.  Walau bagaimanapun harga sedikit pulih daripada paras terendah dalam tiga bulan, dengan sokongan beberapa permintaan fizikal di India untuk musim perayaan kemuncak minggu ini, dan juga dari pembeli di China.

Walau bagaimanapun, kebimbangan mengenai kenaikan akan berlaku dalam kadar Federal Reserve AS akan menghadkan kenaikan. Memandang ke hadapan, beberapa penganalisis melihat harga emas bakal bergerak lebih tinggi terkesan dari pembelian aset ‘safe-haven’.  Aset SPDR Gold Trust, dana dagangan bursa (ETF) berasaskan emas, turun kepada 663.43 tan pada Selasa lalu – paras paling rendah sejak September 2008, apabila Lehman Brothers memfailkan kemuflisan, sekaligus memulakan krisis kewangan global.

[adrotate group=”6″]

Pelabur telah menarik diri daripada dana emas ekoran meningkatnya pertaruhan bahawa Federal Reserve AS akan menaikkan kadar tahun ini. Jongkong emas sebagai aset yang tidak berkadar, akan terjejas permintaannya apabila kadar berubah lebih tinggi.  Kaji selidik ke atas lebih 80 ahli ekonomi terkemuka, mendapati peluang median sebanyak 70% bahawa Feds AS akan menaikkan kadar pinjaman jangka pendek pada mesyuarat FOMC terakhir tahun ini, pada bulan depan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat