Emas yang awalnya meningkat lebih $15 pada sesi Asia Khamis semalam, jatuh semula untuk mencapai paras terendah harian, sekitar $1,148.50/oz; walaupun data “retail sales” kuasa ekonomi terbesar dunia dilapor mengecewakan. Ketika artikel ini ditulis, uptrend di carta bulanan masih lagi kukuh, dengan pembatalan pada sekitar $1,138.25 dan pivot mingguan adalah sekitar $1,184.40/oz
Spekulasi pasaran mengatakan bahawa Federal Reserve AS bakal menaikkan “interest rate” dua kali pada tahun ini, sekali pada musim panas dan sekali lagi pada musim sejuk akhir tahun ini. Kenaikan “interest rate” AS mengekang kenaikan nilai emas yang tidak membayar sebarang “interest” dan hanya bergantung kepada masalah dan krisis untuk mendapat permintaan, terutamanya bagi menghadapi inflasi.
Pasaran Eropah pula sedang berdepan dengan nilai Euro yang terus-menerus dilemahkan bagi menjana ekonomi dan meningkatkan eksport. Krisis Grexit dilihat semakin parah dan menteri kewangan Greece, Yanis Varoufakis mengatakan, sekiranya pelan cadangan reformasi kewangan Greece ditolak oleh ‘troika’; rakyat Greece mungkin terpaksa ke peti undi semula. Pasaran dijangka dalam dagangan berhati-hati.