GOLD Analisa Fundamental Harian 16 Jan 2015

45

moshedfx-forex-malaysia-gold-011

Emas membuat kejutan besar dengan mengatasi dua “bearish inverted hammer” atau “bearish pin bar” yang dibentuk dua hari berturut-turut sebelumnya, sekaligus mencapai harga tertinggi Khamis semalam sekitar $1,266.70 untuk satu troy ounce emas.  Lonjakan mendadak itu dikatakan berpunca dari langkah Swiss National Bank (SNB) yang menurunkan “interest rate” kepada -0.75%, dan kemudian membatalkan sokongan terhadap kadar tukaran EUR|CHF pada 1.2000 yang dibuat sebelum ini.

Para pelabur melihat pembatalan sokongan SNB terhadap Euro itu, sebagai satu ketidakyakinan SNB terhadap ECB dalam mentadbir ekonomi Euro-Zone; sekaligus melonjakkan permintaan untuk emas.  Euro-Zone yang merupakan kuasa ekonomi kedua terbesar dunia selepas Amerika Syarikat, dengan GDP berjumlah hampir $13 trillion, sedang berdepan dengan krisis politik di Greece dan pelbagai masalah ekonomi seperti di Itali, Perancis dan Sepanyol yang merupakan antara negara teras dalam Kesatuan Eropah.

Tindakan SNB yang juga menaikkan cas untuk menyimpan wang di bank-bank Switzerland dari 0.5% kepada 0.75%, dilihat sebagai satu langkah yang bakal menyebabkan pengaliran wang keluar dari Eropah.  Negara-negara Asia seperti Singapura dan Hong Kong dikatakan bakal menjadi destinasi selanjutnya selain negara-negara kepulauan seperti Cayman Islands, Mauritius, dan St Vincents.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat