GOLD Analisa Fundamental Harian 16 Jun 2015

43

moshedfx-forex-malaysia-gold-005

Harga Emas yang jatuh $13/oz sepanjang sesi Asia Isnin semalam, kembali memacu naik lebih $17/oz pada lewat petang sesi Eropah sebelum menutup sekitar paras $1,186.15/oz.  “Emas telah berada di bawah tekanan dalam beberapa minggu kebelakangan ini ekoran kekuatan Dollar Amerika Syarikat. Kami menjangka ini akan berterusan hingga ke akhir tahun ini, kerana pasaran menjangkakan kenaikan interest rate AS,” menurut penganalisis Morgan Stanley Tom Price, sambil menambah penjelasan pada masa kenaikan “interest rate” mungkin memberi sedikit kelegaan jangka pendek.

Pelabur emas sedang menunggu untuk mendengar daripada Federal Reserve AS, pada minggu ini apabila ia akan membuat kenaikan “interest rate” yang pertama dalam hampir satu dekad. Feds akan memulakan mesyuarat dua hari pada Selasa, dengan satu kenyataan yang akan dikeluarkan pada Rabu. Kenaikan “interest rate” boleh mengurangkan permintaan untuk aset yang tidak membayar “interest” seperti emas, manakala meningkatkan Dollar.

Holdings dalam SPDR Gold Trust, dana dagangan bursa yang disokong emas terbesar di dunia, adalah pada tahap paling rendah sejak 2008, setelah lebih aliran keluar dilihat pada hari Jumaat.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat