GOLD Analisa Fundamental Harian 16 Oct 2015

28

trade-forex-malaysia-gold

Emas berada dalam dagangan ‘sideway’ Khamis semalam, dengan pergerakan sekitar $17.40 dari paras tertinggi harian sekitar $1,191.65/oz ke serendah $1,174.25/oz sebelum menutup lebih rendah dari pembukaan; setelah pelabur di pasaran niaga hadapan mengejar pemulihan sentimen dalam sektor logam, dan di tengah-tengah petanda baru bahawa ekonomi AS yang lemah. bakal menolak kenaikan kadar pertama dalam tempoh sembilan tahun, lebih jauh ke masa depan.

Harga emas kini lebih tinggi 7% dari paras ia diniagakan sebelum mesyuarat Federal Reserve AS September lalu yang memutuskan untuk mengekalkan kadar yang stabil. Kali terakhir kadar telah dinaikkan adalah pada Jun 2006; dan minit Fed dikeluarkan pada minggu lepas mencadangkan bahawa ekonomi AS akan berkembang jauh di bawah paras purata dalam sejarah untuk sepanjang dekad ini.

[adrotate group=”6″]

Harga emas yang memacu sebelum itu, datang di belakang bacaan deflasi harga pekilang dengan PPI AS pada -0.5% dan jualan runcit AS yang jauh meleset dari jangkaan. Inventori perniagaan Amerika Syarikat juga mengecewakan; sekaligus menambah kepada tanda-tanda yang ekonomi tidak berkembang.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat