GOLD Analisa Fundamental Harian 19 Oct 2015

29

moshedfx-forex-malaysia-gold-010

Harga emas susut untuk hari kedua, lebih $9.60/oz Jumaat lalu untuk mencapai paras terendah harian sekitar $1,174.35/oz sebelum menutup sekitar paras $1,176.05; setelah bacaan inflasi AS yang lebih kukuh daripada jangkaan serta sentimen pengguna yang lebih memberansangkan memacu indeks Dolar ke paras yang lebih tinggi.  Indeks Dolar menutup sekitar 94.75 Jumaat lalu.

Data yang menunjukkan pacuan yang mantap dalam tekanan harga asas, menghidupkan semula spekulasi bahawa Federal Reserve AS mungkin mengakhiri dasar kadar yang terendah dalam sejarah AS itu pada lewat tahun ini.  Tambahan pula dalam mesyuarat FOMC September lalu, walaupun mengekalkan kadar, Pengerusi Janet Yellen masih mengatakan beliau melihat kenaikan kadar pada tahun ini.

[adrotate group=”6″]

“Emas menunjukkan keberanian yang mengagumkan untuk pulih dan ditutup lebih tinggi selepas jatuh hampir $20/oz daripada paras tertinggi harian, apabila tuntutan pengangguran mingguan AS dilaporkan berada pada paras paling rendah dalam tempoh sepuluh tahun,” menurut Tai Wong, pengarah perdagangan logam asas dan berharga di BMO Capital Markets New York.

Pada masa yang sama, dana amanah bursa bersandarkan emas terbesar dunia, SPDR Gold Shares yang didagangkan di New York berkata, bahawa pegangan mereka meningkat 7.7 tan – kenaikan terbanyak sejak Februari lalu.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat