GOLD Analisa Fundamental Harian 20 Nov 2015

56

moshedfx-forex-malaysia-gold-014

Harga emas melonjak lebih $1.75/oz Khamis semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1,087.40/oz sebelum menutup sekitar paras $1,081.95/oz; walaupun tiada sebarang data sokongan untuk kenaikan harga emas kecuali sedikit kelemahan dalam Dollar AS. Harga emas meningkat selepas beberapa minit dari mesyuarat dasar penetapan Federal Reserve AS menunjukkan bahawa ahli majlis FOMC Feds lebih cenderung untuk menaikkan kadar buat kali pertama dalam tempoh hampir satu dekad, secara beransur-ansur.

Kebanyakan pegawai-pegawai Feds menjangkakan bahawa ekonomi AS akan memenuhi syarat-syarat untuk menaikkan kadar dalam mesyuarat pertengahan Disember nanti, menurut minit mesyuarat pada Oktober lalu. Tetapi laporan baru menunjukkan bahawa selepas Feds menaikkan kadar ke paras yang lebih tinggi, kenaikan yang berikutnya mungkin sangat rendah dan lebih beransur-ansur.

[adrotate group=”6″]

Pendekatan sederhana untuk mengetatkan dasar monetari, menghilangkan kebimbangan di kalangan sesetengah trader emas yang bimbang Feds AS akan mengambil tindakan yang lebih berani, menurut Ira Epstein, seorang broker dengan Linn & Associates di Chicago.  Pada masa yang sama, pasaran komoditi harus bersedia menghadapi serangan harga, jika Federal Reserve AS mengetatkan dasar pada bulan Disember ini dan Dollar mengukuh selanjutnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat