Emas berada dalam dagangan ‘sideway’ Khami semalam, dengan pergerakan sekitar $9.10/oz dari paras tertinggi harian sekitar $1,171.75 ke serendah $1,162.65; berikutan jualan teknikal dan pembubaran apabila dolar semakin pulih di tengah-tengah ketidaktentuan tentang masa kenaikan kadar Federal Reserve.
Jongkong emas secara ringkas telah memecahi purata pergerakan 200 hari sekitar $1,175/oz untuk hari keenam berturut-turut sebelum jatuh semula lebih $10/oz ke paras terendah harian. Kegagalan untuk bertahan melepasi rintangan jangka panjang, menjejaskan sentimen dan meningkatkan tekanan jualan.
[adrotate group=”6″]
“Beberapa peembelian telah mengambil keuntungan, setelah emas bergelut untuk melebihi purata 200-hari bergerak, biasanya tahap teknikal yang ketara dan sering memberi isyarat perubahan jangka sederhana dalam sentimen,” kata Tai Wong, pengarah asas dan perdagangan logam berharga untuk BMO Capital Markets di New York. Satu dolar AS yang lebih kukuh biasanya memberati emas, kerana ia melembapkan permintaan logam itu sebagai aset alternatif, ekoran dolar yang lebih mahal bagi pemegang mata wang lain.