
Pada masa yang sama, US Dollar Index terus membuat paras tertinggi tahunan yang baru sekitar 90.40 – yang tertinggi dalam 9 tahun. Pasaran ekuiti dan Dollar yang menguat, mengurangkan permintaan untuk emas, yang selalu dilihat sebagai pelaburan alternatif kepada aset-aset yang berisiko. Emas bergantung kepada kenaikan nilai untuk pelabur membuat keuntungan, dan juga sifatnya yang tidak membayar sebarang “interest”; menjadikan ia pelaburan kalis inflasi dan pilihan dikala krisis dan inflasi terlampau.






















































