Harga emas terus jatuh untuk hari keempat, lebih $9.80/oz Isnin semalam untuk mencapai paras terendah harian sekitar $1,132.70/oz sebelum menutup sekitar paras $1,133.30/oz; setelah pasaran seolah-olah sudah pasti bahawa Federal Reserve AS akan menaikkan kadar pada bulan Disember ini. Emas jatuh ke paras terendah dalam tempoh empat minggu semalam, apabila pasaran melanjutkan jualan besar-besaran dalam empat sesi berturut-turut kerana para pelabur bimbang bahawa Federal Reserve AS akan menaikkan kadar AS pada tahun ini.
Gambaran teknikal untuk emas juga telah merosot, dengan para pedagang yang memberi amaran bahawa harga akan turun lagi. Aliran permintaan dari pelabur fizikal juga nampaknya tidak menyokong logam berharga emas. Emas telah bangkit pada bulan lalu, ekoran spekulasi bahawa kelemahan dalam ekonomi global boleh menggalakkan Feds AS untuk melambatkan kenaikan kadar kepada tahun depan. Namun, nada agresif Bank Pusat AS pada minggu lepas telah mencetuskan penjualan semula.
[adrotate group=”6″]
Emas dijangka diniagakan kembali di bawah $1,100 pada suku keempat 2015, yang membawa purata tahunan sebanyak $1,159 pada tahun ini, demikian menurut satu laporan baru yang dikeluarkan oleh Thomson Reuters. Emas dijangka kekal di bawah tekanan jualan sehingga ada kejelasan yang lebih terhadap masa dan skala kenaikan kadar AS, menurut laporan yang bertajuk “GFMS Gold Survey: Q3 2015 Review and Outlook” – sumber bebas yang berwibawa untuk data bekalan dan permintaan bagi industri emas.