GOLD Analisa Fundamental Harian 31 Jul 2015

38

moshedfx-forex-malaysia-gold-011

Harga emas jatuh lebih $15.20/oz Khamis semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar $1,082.50 sebelum menutup sekitar paras $1,088.70; selepas para pedagang mengkaji bahasa dan sentimen dalam satu kenyataan Fed yang dikeluarkan lewat semalam. Fed kelihatan dalam sasaran untuk menaikkan “interest rate” pada bulan September dan penilaian mereka terhadap ekonomi Amerika Syarikat adalah positif.

Selepas mesyuarat dua hari itu, Feds berkata ekonomi AS telah mengatasi kelembapan suku pertama dan “berkembang sederhana”. Pungutan suara Reuters juga menunjukkan ekonomi Amerika Syarikat mungkin telah kembali pulih pada suku kedua.  Laporan GDP AS yang juga lebih baik dari sebelumnya, walaupun dibawah jangkaan, menunjukkan kuasa ekonomi terbesar dunia itu semakin kukuh.

Dua hari sebelum itu harga emas stabil, menunggu kenyataan rasmi daripada Federal Reserve AS selepas mesyuarat dua hari; yang diharap boleh memberi pencerahan tentang masa kenaikan “interest rate”.  Perth Mint Treasury berkata dalam satu temu bual dengan Bloomberg, “Walaupun $1,085 dianggap tahap sokongan yang kukuh, kejatuhan harga masih mungkin kerana peranan emas beralih daripada ‘aset selamat’ kepada aset yang tidak menghasilkan “interest”.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat