GOLD Analisa Fundamental Harian 4 Nov 2015

37

moshedfx-forex-malaysia-gold-002

Emas terus merudum untuk hari kelima berturut-turut, lebih $23.50/oz Selasa semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar $1,114.45 sebelum menutup sekitar paras $1,117.50; setelah pasaran menjangka emas akan terus merosot sehingga keputusan FOMC pada bulan Disember. Ia mungkin mempunyai beberapa hari yang meningkat tetapi dalam tempoh terdekat, ‘bear’ dijangka akan menang.

Emas cuba mengukuh selepas penurunan selama empat hari, tetapi masih merengkok berhampiran paras empat minggu terendah ekoran pelabur yang menjual emas selepas jangkaan Federal Reserve AS akan menaikkan kadar pada tahun ini.  Feds pada minggu lalu, tegas meletakkan kenaikan kadar pada Disember; sekaligus memudarkan pandangan sebelum ini bahawa peningkatan kadar selepas hampir satu dekad boleh ditolak ke tahun depan, berikutan kebimbangan terhadap pertumbuhan global.

[adrotate group=”6″]

Sebagai aset yang tidak membayar sebarang kadar pulangan tetap, permintaan emas boleh melemah apabila kadar menjadi lebih tinggi, manakala Dollar AS yang lebih kukuh menjadikan emas lebih mahal bagi pemegang mata wang lain. Pada masa yang sama, data ekonomi AS semalam menyokong untuk kenaikan kadar pada tahun ini. Aktiviti perkilangan AS pada bulan Oktober mencecah paras 2-1/2 tahun terendah, tetapi peningkatan dalam pesanan baru menawarkan harapan bahawa ekonomi Amerika Syarikat mungkin telah mencapai dasar dan sedang bangkit semula.

Pegangan dalam SPDR Gold Trust, dana dagangan bursa berasaskan emas terbesar dunia, jatuh 0.43% kepada 689.28 tan – paras terendah dalam tempoh tiga minggu. Dana ini juga tidak melihat mana-mana aliran masuk sejak Oktober 19. Data juga menunjukkan bahawa spekulator telah menurunkan pertaruhan kenaikan harga emas dari paras 8-1/2 bulan tertinggi.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat