GOLD Analisa Fundamental Harian 5 April 2016

41

Harga emas berada dalam dagangan ‘sideway’ Isnin semalam, dengan pergerakan sekitar $7.96/oz dari paras tertinggi harian sekitar $1,222.65/oz ke serendah $1,214.69/oz, sebelum menutup sekitar paras $1,215.57/oz; setelah sentimen pasaran masih tidak menentu apabila harga minyak terus merosot.

Emas mencatatkan kenaikan suku tahunan terbesar dalam tempoh hampir 30 tahun pada suku Mac lalu, memacu naik 16% apabila jangkaan bahawa Feds akan bertindak untuk menormalkan kadar, semakin pudar disebabkan oleh kebimbangan terhadap ekonomi global. Bank Pusat AS menaikkan kadar pada bulan Disember lalu buat kali pertama dalam hampir satu dekad.

Logam emas sangat terdedah kepada kadar yang semakin meningkat, yang mengangkat kos memegang aset tidak berkadar, manakala meningkatkan nilai Dollar AS. Data NFP menunjukkan sektor bukan perladangan menambah sebanyak 215 ribu pekerjaan pada bulan lalu, lebih tinggi daripada jangkaan sebanyak 205 ribu, sekaligus menekankan kekuatan dalam ekonomi AS.

[adrotate group=”6″]

Di pasaran hadapan, kontrak dana Feds mencadangkan trader kini menjangka bahawa Feds akan menaikkan kadar seawal November, berbanding menjelang Disember pada sebelum ini. Dalam pada itu, bank-bank utama di Wall Street berpegang teguh kepada jangkaan mereka, untuk kenaikan kadar pada bulan Jun ini, menurut kajian terbaru Reuters.

Dana lindung nilai meningkatkan jumlah pegangan belian dalam kontrak niaga hadapan dan opsyen emas sebanyak 2.1% kepada 164,946 kontrak pada minggu berakhir 29 Mac lalu, menurut data Suruhanjaya Pasaran Hadapan dan Dagangan Komoditi AS yang terbaru.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat