GOLD Analisa Fundamental Harian 5 Mei 2016

42

Harga emas berada dalam dagangan bercampur-campur Rabu semalam, turun naik dari paras tertinggi harian sekitar $1,289.81/oz ke serendah $1,271.82/oz, sebelum menutup sekitar paras $1,279.44/oz; setelah Dollar AS yang lebih kukuh memberi tekanan kepada harga. Pada masa yang sama, ketidakpastian mengenai masa kenaikan kadar Feds menggalakkan para pelabur untuk mengambil keuntungan.

Di pasaran Amerika Syarikat, Presiden Feds Atlanta Dennis Lockhart berkata Amerika Syarikat bakal melihat dua lagi kenaikan kadar pada tahun ini manakala Presiden Feds San Francisco John Williams pula berkata, beliau akan menyokong kenaikan kadar pada Jun ini selagi dia melihat kemajuan yang berterusan ke atas ekonomi, inflasi dan sektor pekerjaan.

Laporan ekonomi AS malam semalam, keluar bercampur-campur dengan laporan ADP pekerja swasta menambah kurang dari jangkaan dan bulan sebelumnya.  Hanya 156 ribu pekerjaan ditambah berbanding 194 ribu pada sebelum ini, dan pasaran menjangkakan penambahan sebanyak 205 ribu. Walau bagaimanapun, PMI bukan pembuatan dilaporkan pada 55.7 mata yang lebih baik dari 54.5 mata pada sebelum ini dan jangkaan pasaran sebanyak 54.9 mata.

Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan tuntutan bantuan pengangguran yang dijangka bertambah dari 257 ribu kepada 261 ribu dan esok bakal menjadi hari yang besar buat Dollar AS dengan laporan NFP yang boleh mencorakkan halatuju Dollar selanjutnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat