GOLD Analisa Fundamental Harian 8 Feb 2016

23

moshedfx-forex-malaysia-gold-006

Harga emas yang jatuh lebih $17.40/oz pada sesi pagi New York Jumaat lalu, untuk ke paras terendah harian sekitar $1,145.25/oz, kembali memacu naik lebih $28.85/oz, sebelum menutup sekitar paras $1,172.70/oz; setelah trader terus tertekan dan sentimen yang berterusan tentang kadar negatif yang bakal menaikkan inflasi yang rendah kepada inflasi yang lebih tinggi; sekaligus meningkatkan permintaan untuk emas yang memberikan pulangan yang rendah.

Penganalisis berkata peserta pasaran mengukuhkan kedudukan mereka, mengesan pengukuhan trend global, di mana emas berlegar berhampiran paras tertinggi sejak Oktober; selepas spekulasi kenaikan kadar AS mula suram dan melemahkan Dollar, sekaligus mempengaruhi harga emas. Emas meningkat kepada paras tiga bulan tertinggi, sehari selepas hari yang terbaik dalam dua minggu, disokong oleh jangkaan bahawa keadaan ekonomi dan kewangan global yang tidak menentu, boleh membuatkan ianya sukar bagi Federal Reserve AS menaikkan kadar dalam tempoh terdekat.

[adrotate group=”6″]

Di pasaran niaga hadapan, kontrak emas bulan April mendapat permintaan tinggi dengan ‘open interest’ sebanyak 280,451, diikuti kontrak bulan Jun dan Ogos, masing-masing dengan ‘open interest’ sebanyak 55,530 dan 11,854, dengan sentimen harga menaik sehingga Disember ini. Kenaikan kadar AS menyebabkan kos pelaburan meningkat dan pelabur mula menjual pegangan ekuiti mereka, disamping kebimbangan terhadap perkembangan ekonomi global.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat