GOLD Gagal Menyinar Menjelang Mesyuarat FOMC

516

Logam kuning emas bergelut untuk mendapatkan daya tarikan pada hari Rabu, ketika para pelabur dengan penuh debaran menantikan mesyuarat polisi FOMC awal pagi Khamis nanti.

Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell dijangka akan memperbaharui komitmen bank pusat untuk mengekalkan dasar monetari yang longgar sehingga jangka masa akan datang.

Pasaran akan menumpukan perhatian kepada ucapan Powell yang mungkin akan memberi petunjuk mengenai dasar semasanya dan ini boleh menjadi pemacu utama untuk pergerakan harga emas.

Menjelang permulaan sesi Eropah, dagangan emas diniagakan sedikit susut dengan harga terus berlegar di sekitar $1,850 per auns, sementara niaga hadapan emas pula didagangkan suram pada $1,848 per auns.

Emas juga dilihat gagal memanfaatkan peluang kenaikan walaupun dengan penyusutan US dolar berbanding matawang berisiko lain pada hari ini.

Jangkaan kelewatan dalam pelaksanaan pakej rangsangan AS $1.9 trilion dan ramalan positif oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengenai pertumbuhan ekonomi global pada tahun 2021, telah memberi tekanan buat dagangan logam berharga itu pada sesi sebelum ini menyebabkannya jatuh di bawah $1,850 per auns.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat