GOLD Tunjuk Belang Di Sebalik Kegelisahan Pasaran!

923

Emas didagangkan lebih tinggi pada hari Isnin ketika kebimbangan terhadap keruntuhan Silicon Valley Bank (SVB) mendorong pelabur ke aset selamat.

Sesi pasaran melihatkan logam kuning itu melonjak ke paras tertinggi lima minggu pada $1,885 per auns, manakala niaga hadapan emas pula positif pada $1,889 per auns.

SVB dilaporkan sebagai kegagalan bank terbesar sejak krisis kewangan 2008 setelah ia ditutup oleh pengawal selia kewangan California pada hari Jumaat.

Ini susulan tercetusnya panik di kalangan pendeposit untuk mengeluarkan deposit mereka daripada SVB susulan isu kecairan yang dihadapi bank itu hingga menyebabkan saham jatuh mendadak.

Ekoran itu, pelabur beralih kepada aset safe-haven sebagai perlindungan sekali gus mendorong pengukuhan harga emas pada hari ini.

Pun begitu, kebimbangan SVB sedikit mereda setelah kerajaan AS mengumumkan campur tangan bahawa semua pelanggan akan mempunyai akses deposit mereka mulai hari ini.

Susulan daripada krisis ini, ia telah mengurangkan jangkaan pelabur untuk Federal Reserve (Fed) menaikkan kadar agresif pada mesyuarat akan datang.

Turut menyokong jangkaan itu adalah bacaan kurang memberangsangkan dalam laporan pekerjaan NFP AS yang menunjukkan kadar pengangguran meningkat dan pertambahan pekerjaan perlahan pada bulan Februari.

Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat