Google Bakal Lupuskan ‘Browsing Data’, Kekang Masalah Privasi Pengguna Meluas

203

Baru-baru ini, Google bersetuju untuk memusnahkan berbilion-billion rekod data bagi menyelesaikan tuntutan mahkamah yang mendakwa mereka secara rahsia menjejaki penggunaan internet orang awam yang menggunakan browsing data.

Perintah itu telah difailkan pada hari Isnin di mahkamah persekutuan Oakland, California dan mendapat kelulusan oleh Hakim Daerah, Gonzalez Rogers.

Peguam untuk plaintif menilai perjanjian itu lebih daripada $5 bilion iaitu setinggi $7.8 billion. Google tidak membayar ganti rugi tersebut dan mengalukan para pengguna untuk menyaman syarikat secara individu untuk ganti rugi.

Kes tersebut bermula pada tahun 2020 di mana berjuta-juta pengguna Google yang menggunakan browsing data secara peribadi direkodkan sejak 1 Jun 2016.

Pengguna mendakwa bahawa analytics, cookies and aplikasi Google membenarkan Alphabet (GOOGL.O) membuka unit tab baru secara tidak wajar semata untuk menjejaki orang yang menggunakan mod incognito dibawa kepada mod peribadi.

Sebagai penyelesaian, Google akan mengemaskini pendedahan yang dilaporkan dalam isu browsing data. Mereka juga membenarkan pengguna incognito untuk menyekat cookies selama 5 tahun.

Menurut peguam plaintiff tersebut, tindakan Google tersebut seakan-akan mengambil kesempatan terhadap pengguna incognito dan memaparkan iklan-iklan di Google ke akaun peribadi pengguna.

Jurucakap Google, Jose Castaneda berkata syarikat gergasi itu berbesar hati untuk selesaikan masalah tuntutan mahkamah tersebut walaupun kes tersebut dianggap terlalu terlalu serius.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat