Google Dituntut Bayar Ganti Rugi €25 Bilion Kerana Terlalu ‘Kapitalis’

182

‘Payung Alphabet terlalu besar untuk katakan mereka salah guna kuasa sebenarnya.’

Dominasi Google milik Alphabet Inc terhadap pasaran pengiklanan digital terus berada di bawah siasatan atas tuduhan melanggar peraturan anti-persaingan di Eropah.

Kemas kini baharu mendapati bahawa Google perlu membayar ganti rugi sebanyak €25 bilion atau $25.4 bilion selepas mahkamah United Kingdom (UK) dan Belanda, mewakili penerbit iklan, mendapati syarikat itu melakukan kesalahan.

Difahamkan siasatan oleh Suruhanjaya Eropah dan syarikat di UK mendapati Google terlalu menguasai teknologi iklan sehingga memberi kelebihan tambahan yang dilihat tidak adil kepada penerbit pihak ke-3.

Sebagai kontek pemahaman, Google merupakan vendor teknologi iklan terbesar yang menguasai 90% pasaran tersebut dengan perkasaan pengiklanan dalam talian merangkumi peranti pintar ke penggunaan web.

Dan ruang pengiklanan digital telah menjadi sumber pendapatan berharga kepada penerbit termasuk laman web berita yang bersetuju untuk membayar sewa tapak pengiklanan Google tersebut.

Akan tetapi amalan pengiklanan Google tersebut dikatakan telah melanggar peraturan anti-persaingan dan menyalahgunakan kedudukan dominasinya apabila setiap penerbit perlu membayar jumlah tinggi bagi menyewa ruang.

Segala-galanya mulai terdedah apabila badan pemantau Perancis, yang melakukan siasatan pada tahun lepas, mendapati Google melanggar peraturan anti-persaingan dan didenda €220 juta.

Berbalik kepada topik asal, peguam Damien Geradin dari firma guaman Geradin Partners Belanda menegaskan bahawa sudah tiba masa Google bertanggungjawab ke atas kerosakan yang dilakukan terhadap industri pengiklanan digital.

Sebagai respon, pihak Google mengatakan bahawa pertuduhan demi pertuduhan dibuat adalah berbentuk spekulatif dan oportunistik yang mana syarikat akan turut menuntut keadilannya.

Setakat penulisan ini, saham Google didagangkan susut 5.90% pada $104.32.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat