Grayscale Hapuskan Pelaburan XRP

2,161

Grayscale dilihat lebih tegas menyingkirkan XRP apabila dilaporkan telah menamatkan XRP Trust.

XRP Trust membenarkan pelanggan membuat pelaburan dalam XRP seolah-olah ia merupakan saham dan bukannya pelaburan matawang kripto.

Keputusan tersebut diumumkan seminggu selepas firma itu menjual kesemua aset XRP di dalam Digital Large Cap Fund (Dana Kapital Besar Digital).

Pihak Grayscale juga sedia maklum dengan kesukaran pelabur Amerika Syarikat (AS) termasuk Trust untuk menukarkan XRP kepada dolar AS bagi meneruskan operasi Trust.

Disebabkan itu mereka bertindak untuk mencairkan amanah dan mengagihkan hasilnya kepada pemegang saham, tidak termasuk yuran. Secara langsung XRP Trust ditamatkan.

Terdahulu Ripple Labs telah disaman oleh Securities and Exchange Commission (SEC) atas dakwaan menjalankan penawaran sekuriti aset digital yang tidak berdaftar, menyebabkan banyak platform pertukaran kripto menyekat perdagangan XRP secara domestik dan global.

Sementara itu, dalam laporan terbaru Financial Services Agency (FSA) Jepun yang mana mempunyai kuasa sama seperti SEC, menyokong XRP sebagai matawang kripto, bukan sekuriti.

FSA merupakan pihak kedua selepas firma perkhidmatan kewangan, SBI Holdings berpendapat yang sama, menekankan XRP bukan sekuriti di bawah undang-undang Jepun.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat