Jepun ‘Back Up’ XRP, “Aset Matawang Kripto Bukan Sekuriti”

1,509

Firma perkhidmatan kewangan, SBI Holdings dalam satu kenyataan menjelaskan aset Ripple itu berdasarkan undang-undang Jepun merupakan aset “matawang kripto“.

Kenyataan tersebut didedahkan selepas Securities and Exchange Commission (SEC) menyaman Ripple Labs atas dakwaan gagal mendaftar matawang kripto sebagai sekuriti di Amerika Syarikat (AS).

Dakwaan SBI merujuk kepada artikel kajian oleh Sadakazu Osaki dari Nomura Research Institute yang menegaskan XRP sebagai aset “matawang kripto”, bukannya sebagai sekuriti di bawah undang-undang Jepun.

Pada Oktober, Ripple dilaporkan bercadang untuk melabur dalam subsidiari SBI, MoneyTap, bertujuan menggunakan teknologi RippleNet bagi mengurangkan kadar caj pemindahan di Jepun.

Ketua operasi firma pertukaran kripto, BitFlyer USA menyifatkan dakwaan SBI sekadar untuk mengurangkan impak reputasinya di Jepun ekoran daripada saman Ripple.

Susulan daripada khabar saman itu, banyak firma matawang kripto seluruh dunia berpaling dari XRP termasuk Bitwise di AS, Bitstamp di Eropah dan OSL di Hong Kong.

Manakala, OKCoin dan Coinbase akan menyekat XRP bermula Januari 2021.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat