Habislah! OKCoin Dan Coinbase Pula Sekat XRP!

2,150

Platform pertukaran kripto, Coinbase akan sekat sepenuhnya jual beli aset XRP bermula 19 Januari 2021 pada 10 pagi waktu Pasifik (2 pagi waktu Malaysia).

Keputusan itu hadir selepas Ripple disaman Securities and Exchange Commission (SEC) pada minggu lepas kerana didapati telah melanggar undang-undang perlindungan pelabur ketika menjual matawang XRP.

Sebelum Coinbase, empat platform pertukaran sudah awal lagi menyekat XRP sebaik sahaja berita saman itu tular, menyebabkan harga aset itu susut mendadak.

Coinbase juga memberi jaminan terhadap pemegang XRP bahawa mereka masih berpeluang untuk mengakses wallet dan tersedia untuk deposit serta pengeluaran selepas sekatan berkuatkuasa.

Platform pertukaran kripto OKCoin juga turut mengambil keputusan yang sama, akan menyekat perniagaan dan deposit XRP secara efektif bermula 4 Januari 2021.

OKCoin telah mengeluarkan notis penting kepada penggunanya:

1. 4 Januari 2021, 11 pagi waktu Malaysia: Pengguna yang membuat pinjaman dari margin XRP/USD diminta untuk membuat pulangan sebelum tarikh tersebut.
2. 5 Januari 2021, 11 pagi waktu Malaysia: Setiap urusan pembelian dan penjualan XRP akan disekat sehingga diberitahu.

Ketika penulisan, XRP didagangkan pada $0.23, susut 6.9% dari harga tertinggi dalam 24 jam. Pada masa yang sama, aset ini telah menyaksikan penyusutan teruk sebanyak 60% dalam hanya 10 hari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat