Grayscale Mengorak Langkah Lebih Jauh, Lancar 5 Indeks Kripto Baharu!

234

“Fuhh terbaiklah Grayscale, banyak betul perkembangan dibuatnya.”

Grayscale Investments, firma pengurusan aset mata wang digital dan anak syarikat Kumpulan Bursa Saham London dipanggil FTSE Russell telah berganding bahu bagi melancarkan lima indeks mata wang kripto baharu.

Bukan itu sahaja, kerjasama kedua-dua firma tersebut juga bertujuan untuk menjejaki prestasi pasaran kripto yang berbeza dalam ekosistem blockchain, platform kontrak pintar, pengguna, budaya dan lain-lain.

Beberapa indeks akan bertindak sebagai asas untuk ETF dan produk dagangan bursa lain, di mana Grayscale Investments turut sedang berada dalam proses menukar Grayscale Bitcoin Trust (GBTC) pada ETF.

Terdapat lima Indeks Sektor Kripto yang berbeza, antaranya adalah Platform Kontrak Pintar, Kewangan, Pengguna & Budaya termasuk Utiliti & Perkhidmatan yang merangkumi liputan lebih 150 kripto, tetapi akan dinilai semula setiap suku tahun.

150 kripto itu pula akan dibahagikan pada lima bahagian iaitu Indeks Sektor Kripto Grayscale FTSE, Indeks Sektor Kripto Platform Kontrak Pintar Grayscale, Indeks Sektor Kripto Kewangan Grayscale FTSE, Indeks Sektor Kripto Pengguna & Budaya Grayscale FTSE dan Indeks Sektor Kripto Perkhidmatan & Utiliti.

Selain memudahkan para pelabur untuk mengkategori dan menganalisis ekosistem kripto, perkongsian itu juga adalah untuk mencipta pelbagai tools serta struktur yang dapat membantu lagi perniagaan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Grayscale Michael Sonnenshein, pelabur makin berminat mempelbagaikan kripto dipegang mereka, oleh itu ramai yang akan melihat firma tersebut untuk lebih memahami tentang kelas aset digital teguh dan berkembang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat