Greenback Mengganas Berbanding Aussie Dan Kiwi Dalam Sesi Dagangan Eropah

43

Dollar Australia dan New Zealand bergerak dengan perlahan berbanding matawang gergasi, US Dollar.

AUD/USD menjunam 0.28%.

AUD-USD 03.08
AUD/USD, 15 minit

US Dollar telah mendapat sokongan apabila Jabatan Perdagangan melaporkan perbelanjaan peribadi meningkat lebih dari jangkaan. Selain itu, perbelanjaan isi rumah juga melaporkan peningkatan sebanyak 0.4%

Disamping itu, laporan juga turut merekodkan peningkatan terhadap pendapatan peribadi.

Namun begitu, matawang Amerika itu terus menerima tekanan selepas Presiden Fed Dallas, Robert Kaplan menggesa kenaikan kadar faedah secara berperingkat. Hal ini kerana kerana risiko yang dihadapi oleh ekonomi global.

Ramalan terhadap kenaikan kadar oleh AS juga meleset akibat data pertumbuhan ekonomi AS bagi suku kedua dinilai lemah.

Sementara itu, NZD/USD menurun 0.64%.

NZD/USD, 15 minit
NZD/USD, 15 minit

US Dollar Index yang mengukur kekuatan Greenback dilihat meningkat 0.16%. matawang ini masih berlegar diparas terendah dalam tempoh 5 minggu sebelumnya.

Lelaki ini pesan supaya anda berhenti berangan menjadi Warren Buffet seterusnya. Jika anda belum membaca artikel ini, klik pautan ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat