Gucci Lancarkan Vault & Projek NFT Pertama – ‘SuperGucci’!

548

Penerokaan Gucci dalam dunia non-fungible tokens (NFT) terus diperluaskan, apabila jenama fesyen terkemuka dunia itu menjalin kerjasama dengan Superplastic untuk melancarkan koleksi NFT ‘SuperGucci’.

Sebagai rujukan, Superplastic merupakan salah satu firma penjenamaan karakter digital yang terbesar dunia.

Menerima sentuhan daripada Pengarah Kreatif Gucci, Alessandro Michele dan Superplastic, tema koleksi tersebut tertumpu pada gabungan motif dan reka bentuk Gucci klasik dengan watak digital Superplastic, iaitu Janky & Guggimon.

SuperGucci akan di-mint sebanyak 250 unit NFT dan dikeluarkan sebanyak tiga kali.

Sebanyak 10 item akan dilancarkan pada 1 Februari dalam perkongsian pertama, di mana masing-masing disertakan dengan arca seramik eksklusif yang dibuat oleh pakar seramik Gucci di Itali.

Difahamkan projek SuperGucci ini dilancarkan melalui Superplastic dan boleh diakses melalui ‘Vault‘.

Vault adalah sebuah platform atau kedai yang berkonsepkan dalam talian di mana menempatkan koleksi dan pelbagai NFT bersama maklumat penting berkaitannya.

Dalam pada itu, Vault turut melancarkan penjualan barangan vintaj terpakai daripada arkib Gucci yang dipulihkan dan juga hadir dalam pembungkusan yang unik.

Sebagai rekod, Gucci pada tahun lepas telah melelong koleksi NFT Gucci Aria di Christie’s dengan harga $25,000, sekali gus menjadi salah satu barangan termahal yang pernah dijual oleh jenama mewah itu.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat