Gundlach Sarankan Pelabur Beri Tumpuan Pada Pasaran Ini Di Tengah Ketidakpastian The Fed!

166

Pengurus kewangan terkemuka Jeffrey Gundlach memberi pandangan bahawa pelabur harus memberi perhatian kepada pasaran bon disamping tidak tanduk The Fed.

“Pengalaman saya selama 40 tahun lebih dalam kewangan amat mengesyorkan agar pelabur melihat reaksi pasaran terhadap kenyataan dan tindakan the Fed”kata Ketua Pegawai Pelaburan LP DoubleLine Capital itu.

Sebilangan pegawai Fed telah menyatakan bahawa mereka menjangkakan untuk meningkatkan sasaran dasar mereka pada masa ini dalam julat 4.25% hingga 4.5% dan mengekalkannya untuk seketika. Walaubagaimanapun pasaran masih ragu-ragu. Terdapat indikasi bahawa the Fed akan mengurangkan semula kadar sebelum menjelang tahun kerana khuatiri kesan kemelesetan ekonomi.

Hasil perbendaharaan telah merosot berikutan data terkini yang menunjukkan penyederhanaan dalam keuntungan gaji AS dan penguncupan dalam sektor perkhidmatan. Jauh daripada penetapan harga dalam penanda aras melebihi 5%, hasil Perbendaharaan merentas keluk didagangkan di bawah julat semasa the Fed, dengan hasil bon 2 tahun pada 4.25% semalam.

Beliau juga menyarankan untuk menumpukan pada hasil perbendaharaan kerana ianya telah berjaya meramalkan kemerosotan ekonomi pada masa lalu. Keluk hasil terbalik sentiasa membawa kepada kemelesetan dalam masa yang agak singkat.

Tambah Gundlach, bon dilihat lebih menarik daripada ekuiti. Beliau sarankan pelabur sekarang harus memihak kepada portfolio yang 60% bon dan 40% ekuiti, dan bukan sebaliknya.

Beliau secara peribadi tidak berpandangan the Fed akan naikkan kadar faedah mencapai 5%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat