Habislah! Kempen Biden Kena Sabotaj?

389

Baru-baru ini, Microsoft Corp mendedahkan kepada salah sebuah firma penasihat kempen pilihan raya utama calon presiden Demokrat, Joe Biden bahawa ia telah menjadi sasaran oleh penggodam yang disokong negara Rusia.

Percubaan penggodaman itu menyasarkan kakitangan di SKDKnickerbocker yang berpusat di Washington, sebuah firma strategi kempen dan komunikasi yang bekerjasama dengan Biden dan ahli Demokrat terkemuka yang lain sejak dua bulan lalu.

Namun begitu, percubaan tersebut tidak mendatangkan apa-apa hasil apabila penggodam gagal mendapatkan akses ke rangkaian syarikat itu.

Walau bagaimanapun, Naib Pengerusi SKDK, Hilary Rosen dan jurucakap Biden bertindak untuk mengunci mulut berhubung isu tersebut.

Seterusya, Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov menafikan tuduhan itu serta menganggapnya sebagai “omong kosong”. Tambahan daripada itu, Moscow juga berulang kali menolak penggunaan aktiviti penggodaman untuk campur tangan dalam pilihan raya negara lain.

Untuk pengetahuan semua, percubaan penggodaman di SKDK terjadi ketika agensi perisik AS menimbulkan kebimbangan mengenai kemungkinan usaha pemerintah asing untuk campur tangan dalam pilihanraya presiden pada November.

Siasatan yang dijalankan oleh bekas penasihat khas Robert Mueller dan jawatankuasa perisikan Senat kedua-duanya menyimpulkan bahawa sekutu pemerintah Rusia telah campur tangan dalam pilihan raya presiden 2016, dan Mueller telah memberi amaran bahawa Rusia juga tidak teragak-agak untuk campur tangan dalam kempen sekarang serta kempen Biden adalah sasarannya.

Selain itu, serangan berkenaan merangkumi pemalsuan data, kaedah penggodaman yang bertujuan untuk mengaburi mata pengguna agar mendedahkan kata laluan, dan juga usaha lain untuk menyusup ke rangkaian SKDK.

Hal ini demikian kerana SKDK berkait rapat dengan Parti Demokrat, setelah melaksanakan 6 kempen presiden dan terlibat dalam urusan kongres.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat