Habislah! Playboy Rugi $4.9 Juta Lepas Terima ETH Sebagai Pembayaran NFT!

1,003

“Banyak tu Playboy rugi, macam mana la agaknya nak pulihkan balik.”

Pada mulanya memang teruja melaksanakan pembelian non-fungible token (NFT) melalui Ethereum (ETH), tetapi Playboy Group malangnya mengalami kerugian $4.9 juta selepas membenarkan bentuk pembayaran tersebut.

Syarikat induk kepada perusahaan Playboy Hugh Hefner berkata bahawa kerugian kewangan yang ditanggung mereka adalah sangat besar susulan pasaran kripto pada tahun lepas menghadapi pendarahan ketara sehingga akibatkan penurunan harga aset digital.

Difahamkan bahawa Playboy, iaitu syarikat gaya hidup yang terkenal menyatakan mereka telah menerima ETH sebagai pembayaran untuk NFT “Rabbitars”, di mana koleksi digital itu dilancarkan pada 2021.

Sempena tahun syarikat tersebut ditubuhkan, koleksi Rabbitars terdiri daripada 11,953 unit dengan setiap satu terletak pada harga 0.1953 ETH dan jualannya memperoleh $10 juta ekoran sewaktu itu nilai ETH adalah sekitar $4,324.

Seperti dinyatakan dalam pemfailan tahunannya minggu lepas, aset digital syarikat tersebut untuk NFT pada Disember tahun lalu adalah bernilai $327,000 sementara ETH pula pada September 2022 berharga $1.75 juta.

Pun begitu, pendapatan syarikat mampu terkesan sekiranya ETH menyaksikan penurunan ketara sementara kenaikan harga berupaya memberi impak positif terhadap pertumbuhan perkhidmatan mereka.

Secara keseluruhannya, ETH pada dua tahun lalu menjunam 60% selepas Playboy menggugurkan NFT Rabbitars namun ia mengalami kerugian berjuta-juta apabila syarikat tersebut menerima semula ETH sebagai bayaran untuk koleksi digital itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat