Habislah Rusia! Amerika Nak Balas Dendam

1,215

Amerika Syarikat bersedia mengambil tindakan terhadap individu dan entiti Rusia sebagai pembalasan atas tuduhan salah laku termasuk isu penggodaman SolarWinds dan usaha untuk mengganggu pilihan raya AS.

Pentadbiran Biden dijangka akan mengumumkan sekatan ke atas beberapa pegawai kerajaan dan perisik, serta kira-kira 20 entiti secepatnya pada hari Khamis.

Menurut sumber yang mengetahui perkara itu, AS juga dijangka akan mengusir kira-kira 10 pegawai Rusia dari negara itu.

Langkah-langkah itu akan diambil setelah Presiden Joe Biden memberi amaran kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin dalam panggilan Selasa bahawa Amerika akan mempertahankan kepentingannya.

Tindakan ini akan dilancarkan dalam bentuk perintah eksekutif dari Biden serta sekatan yang diselaraskan dengan Jabatan Negara dan Jabatan Perbendaharaan.

Bagaimanapun, White House, Jabatan Negara dan Jabatan Perbendaharaan AS tidak segera memberi tindak balas mengenai khabar angin terbaru ini.

Selain itu, AS juga dijangka akan mengumumkan langkah-langkah baru yang agresif dengan memperluaskan larangan sedia ada terhadap bank-bank AS yang berdagang dengan hutang kerajaan Rusia.

Larangan sebelumnya yang mensasarkan sebahagian hutang kerajaan, telah menggegarkan pasaran dan memberi tekanan terhadap ekonomi Rusia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat