“Sangat licik, dekat penjara pun nak buat jahat juga.”
Srikrishna Ramesh atau lebih dikenali Sriki yang merupakan penggodam mata wang kripto India terkenal telah memindahkan sejumlah besar Bitcoin (BTC) bernilai $1.2 juta dari dalam penjara tanpa disedari sesiapa.
Rentetan itu, Sriki telah ditangkap oleh Pasukan Siasatan Khas (SIT) Jabatan Jenayah pada tahun 2020 susulan menggodam BTC termasuk kripto lain yang bernilai berjuta-juta.
Pada awalnya, Cawangan Jenayah Pusat (CCB) telah menangkap Sriki kerana mendapatkan dadah melalui DarkNet, tetapi semasa berada dalam proses siasatan ia mendedahkan bahawa penipu itu turut terlibat dalam penipuan kripto.
Namun, Sriki yang berada dalam penjara kuarantin di bandar selatan Bengaluru telah berjaya memindahkan BTC bernilai $1.2 juta dengan merasuah seorang konstabel polis untuk membawanya sebuah komputer riba di dalam selnya.
Susulan konstable tersebut membawa masuk komputer riba bersama sambungan internet, Sriki yang memindahkan BTC itu atas arahan beberapa orang berpengaruh telah ‘mencuci’ wang di penjara dalam masa 20 minit sahaja.
Kemudian, Sriki telah memindahkan BTC yang dicuri ke address wallet berbeza dan wang tersebut mungkin dihantar ke India melalui rangkaian rahsia tidak dikenali, oleh itu SIT kini sedang menyiasat perkara berikut dan periksa wallet untuk butiran lanjut.
Jenayah di penjara itu telah berlaku antara tahun 2020 dan 2021 sejurus selepas Sriki dipenjarakan susulan penipuan dadah serta kripto, jadi pihak berkuasa pada masa ini masih menyoal penipu tersebut tentang kaitannya.