‘Patutlah harga roti Gardenia naik, petanda awal rupanya.’
Tatkala ini, kadar inflasi tahunan Malaysia dilihat mencanak ke paras tertinggi 14 bulan iaitu 4.4% pada Julai berbanding catatan 3.4% semasa Jun.
Ia bukan sesuatu yang di luar jangkaan memandangkan unjuran konsensus pasaran ditetapkan pada peratusan tersebut.
Mencuri tumpuan, harga makanan mencatat rekod tertinggi baharu pada 6.9% daripada 6.1% semasa Jun, yang berlaku semasa pengguna giat berbelanja ekoran pemulihan Covid-19 di Malaysia.
Rincian lanjut mengenai inflasi pada bulan Julai adalah seperti berikut:
- Perumahan lonjak 3.8% daripada 1.2%.
- Pengangkutan tambah 5.6% daripada 5.4%.
- Pakaian naik 0.3% daripada 0.2%.
- Kesihatan cambak 0.8% daripada 0.6%.
- Rekreasi capai 2.5% daripada 2.2%.
- Pendidikan tokok 1.2% daripada 1.1%.
- Restoran & Hotel mekar 5.8% daripada 5.0%
- Kepelbagaian Barangan & Perkhidmatan cecah 2.1% daripada 2.2%.
Selain itu, harga pengguna teras yang tidak merangkumi item makanan segar dan harga yang ditadbir turut meningkat 3.4% selepas catatan 3.0% pada Jun.
Difahamkan catatan tersebut merupakan bacaan tertinggi sejak Mac 2016.
Dalam pada itu, mencerap asas bulanan pula harga pengguna mencatat 0.4% semasa Julai iaitu penurunan 0.6% pada Jun yang menandakan perubahan paling drastik sejak Oktober 2021.