Halatuju Pasaran Buruh A.S Semakin Membimbangkan!

300

Jabatan Buruh melaporkan pada hari ini bahawa jumlah rakyat Amerika yang mengemukakan tuntutan baru untuk faedah pengangguran pada minggu lalu telah berkurangan. Data ini menandakan bahawa pasaran buruh A.S menunjukkan kemajuan dengan berjuta-juta rakyat A.S kembali bekerja.

Tuntutan awal faedah pengangguran bagi minggu berakhir 3 Oktober adalah sebanyak 840,000. Sebuah angka sedikit tinggi dari jangkaan para pakar ekonomi yang mensasarkan permohonan hanyalah sebanyak 820,000 permohonan.

Berdasarkan trend beberapa minggu lepas, dapat disimpulkan bahawa jumlah tuntutan telah berhenti dari mencapai angka 1 Juta.

Disisi lain, keuntungan yang dikecapi dalam pasaran buruh dari pembukaan perniagaan semula telah semakin pudar. Laporan pekerjaan pada Jumaat lepas menunjukkan jumlah pekerjaan yang dicipta adalah paling sedikit sejak pasaran buruh mulai pulih pada bulan Mei.

Setakat ini masih separuh daripada 22.2 juta rakyat yang kehilangan pekerjaan akibat kesan Covid-19 masih belum bekerja. Pakar ekonomi meramalkan bahawa pengambilan pekerja akan berkembang secara perlahan sepanjang tahun 2020 sehingga 2021.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama menunjukkan pengukuhan kepada paras 93.743 setakat jam 09.25 p.m. susulan laporan ini dikeluarkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat