Halving Berlalu Pergi, Tapi Kenapa BTC Jatuh Lagi?

880

“Hmm entah-entah harga BTC sekarang nak turun naik turun naik kat tempat sama dulu.”

Momentum harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) melemah semula sehingga $63,666 apabila terdapat penjualan ketara di mana lebih 40 juta positions long telah liquidated yang meningkatkan kebimbangan di kalangan pelabur dan penganalisis.

Kadar pembiayaan BTC yang bertukar negatif sebelum acara halving berlaku turut menunjukkan sentimen pasaran kripto sudah berubah ke arah aliran menurun susulan positions short mengatasi positions long.

Meskipun begitu, para pelabur kini lebih bullish daripada bearish pada BTC setelah harganya melihat impak positif semasa acara halving baru-baru ini berbanding sebelumnya, jadi di sini dapat dilihat potensi aliran menaik dalam jangka panjang mampu berlaku.

Namun, penamatan options kripto bernilai lebih $9.4 billion tidak lama lagi akan menimbulkan pergerakan tidak menentu dalam pasaran kripto ditambah pula pelabur yang memang berminat mengawasi perkara itu.

Pada sisi berbeza, dua penasihat pelaburan Amerika Syarikat (AS) iaitu Legacy Wealth Asset Management dari Minnesota dan United Capital Management dari Kansas telah memperuntukkan 6% serta 5% daripada portfolio mereka pada Fidelity Wise Origin Bitcoin Fund (FBTC).

Suka dimaklumkan juga pencipta ‘Bitcoin Power Law’ yang popular telah meramalkan BTC akan mencapai $218,875 pada November 2025 sebelum harganya jatuh semula ke $96,677 pada Disember 2026.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 3.44% pada paras $64,479 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $1 trilion tetapi tetap mencatatkan kenaikan 4.81% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat