Halving Menghampiri, Firma Mining Ini Kelam-Kabut Peroleh 87,796 Miners!

516

“Pergh banyak juga Bitfarms dapat miners, lagi sikit je nak sampai $100K dah.”

Demi meningkatkan kecekapan dan pengeluaran menjelang acara halving, miners mata wang kripto Bitcoin (BTC) dipanggil Bitfarms mengumumkan pemerolehan 87,796 miners, rancangan pembesaran ladang masa hadapan dan pelan hala tuju ke arah pendakian kapasiti pada tahun ini.

Suka dimaklumkan pemerolehan itu adalah untuk kapasiti operasi lebih besar yang akan melihat 21 EH/s menjelang akhir tahun ini dan perlu diketahui langkah beraninya berikutan kejayaan miners Bitmain Antminer T21 serta rancangan pengembangan ladang.

Susulan pembelian 35,888 Bitmain Antminer T21 dan perluasan ladang Bitfarms yang diumumkan pada November 2023, pemerolehan miners baharu tersebut berpotensi mencapai 21 EH/s termasuk kecekapan operasi lebih baik menjelang akhir tahun.

Harga BTC yang mencanak ke paras tertinggi sepanjang masa (ATH) juga telah menjadi punca Bitfarms bertindak pantas mendapatkan miners dalam jumlah agak besar sebelum hardware mengalami peningkatan.

Hal ini kerana miners kripto berebut-rebut memperoleh hardware pengkomputeran hingga tahap mendapatkan mesin terpakai dari Amerika Syarikat (AS) ekoran daripada gembar-gembur sekitar artificial intelligence (AI) dan perlumbaan miners ke arah halving.

Seperti kebanyakan miners BTC, Bitfarms telah menekankan pengembangan bukan sahaja disebabkan kenaikan harga BTC malah penggunaan daripada beberapa bidang kuasa di mana langkah itu kekal sebagai bahagian dalam strategi tiga kali ganda bagi penambahbaikan mining.

Meningkatkan kadar hash, kecekapan tenaga dan kosoperasi setiap terahash untuk mengembangkan margin mining telah dimasukkan ke dalam keluaran semasa Bitfarms yang mempunyai perancangan masa hadapan yang sangat rapi.

Suka dimaklumkan miners BTC terus mendominasi naratif pasaran kripto ditambah pula terdapat aliran masuk ke dalam pertukaran daripada rizab mining apabila mereka meletakkan kedudukan ke arah pengurangan ganjaran mining.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat