Hampir Capai 1,600, Pasaran AS Terus Beri Kedukaan Kepada Dagangan Bursa

259

Bursa Malaysia dibuka rendah di sesi dagangan hari ini susulan prestasi pasaran saham AS dan Eropah yang masih suram akibat kebimbangan mengenai pertumbuhan ekonomi yang perlahan.

Setakat 10.39 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 10.65 mata kepada 1,586.98 berbanding 1,597.63 semasa ditutup pada Rabu.

Bernama melaporkan indeks utama diniagakan 5.45 mata lebih rendah kepada 1,592.18.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 197 daripada 161, manakala 275 kaunter tidak berubah, 1,586 tidak diniagakan dan enam yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 209.25 juta unit bernilai RM93.14 juta.

Malacca Securities menjelaskan bahawa pemulihan ekonomi negara dilihat sedang berada di landasan yang tepat susulan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah beralih ke fasa 2.

Namun berkemungkinan pelabur masih kekal optimis dan berjaga-jaga menuju keputusan overnight policy rate (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang akan dilaporkan pada hari ini.

Laporan penerbitan tersebut bakal memberi penanda arah terhadap situasi ekonomi ketika ini serta prospek pemulihan negara pada masa akan datang kelak.

Susulan itu juga, sektor pemulihan bakal terus menjadi tumpuan berikutan impak positif yang mana lebih banyak lagi sektor ekonomi akan mula beroperasi semula.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank meningkat dua sen kepada RM8.33, Petronas Chemicals melonjak lima sen kepada RM8.14 dan Public Bank susut tiga sen kepada RM4.12.

TNB naik empat sen kepada RM10.34 serta IHH Healthcare menokok 13 sen kepada RM6.53.

Bagi saham aktif, SYF Resources ‘meroket’ 1.5 sen kepada 45.5 sen, Paos Holdings meningkat dua sen kepada sembilan sen dan Kanger International jatuh setengah sen kepada 5.5 sen.

Di papan indeks, FBM 100 jatuh 34.73 mata kepada 11,329.72, FBM 70 susut 44.90 mata menjadi 15,195.62 dan FBM ACE menambah 6.73 mata kepada 7.258.81.

FBM Emas turun 31.73 mata kepada 11,633.57 dan FBM Emas Shariah susut 27.34 mata kepada 12,760.99.

Mengikut sektor, indeks Perkhidmata Kewangan turun 51.51 mata kepada 15,474.93, indeks Produk dan Perkhidmatan Industri meningkat 0.29 mata kepada 202.90 dan indeks Perladangan susut 51.10 mata kepada 6,677.45.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat