Emas dilihat mengalurkan rentak pendakiannya pada Rabu dengan melantun berbanding paras sebelumnya berikutan pengeluaran data ekonomi AS yang bercampur-campur serta menjamin berlakunya pemotongan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed).
Kesannya, hasil Perbendaharaan AS jatuh tetapi mata wang dolar AS sedikit meningkat ke posisi 104.460 mata (0.22%) menjejaki prestasi kumpulan mata wang utama yang lain pada Rabu.
Sementara itu, harga emas kini berada pada paras $2,364.19 iaitu naik sebanyak 0.38% sejak ia dibuka pada sesi dagangan Asia pagi tadi.
Hasil penanda aras 10 tahun AS melanjutkan kerugian mingguannya apabila ia turun tiga mata asas kepada 4.297% yang merupakan paras terendah sejak April akibat laporan pekerjaan AS yang lemah daripada jangkaan.
Baru-baru ini, Institusi Pengurusan Bekalan (ISM) menunjukkan ekonomi AS terus berkembang dalam sektor perkhidmatannya serta membantu untuk USD dan emas kekal kukuh.
Walau bagaimanapun, hasil AS terus merendah disebabkan oleh para pelabur mula menjangkakan berlakunya pemotongan kadar sebanyak 25 mata asas menjelang akhir tahun 2024.
Data daripada Chicago Board of Trade (CBOT) berkaitan data Fed Disember 2024 pula menyasarkan 37 mata asas pada pelonggaran dasar nanti.
Komoditi logam kuning juga kini dilihat semakin stabil selepas menyaksikan kejatuhan lebih 4% pada awal minggu. Selain itu, data PMI Caixin yang optimis dari China membayangkan bahawa ekonomi di sana akan terus berkembang dan terus menyokong nilai emas.
Buat masa ini, hasil bon Perbendaharaan AS jatuh dan mata wang USD melanjutkan kerugiannya sejak awal minggu.