Emas kekal berada pada landasan ‘bearish’ pada dagangan Rabu yang dipengaruhi laporan inflasi Amerika Syarikat (AS) untuk Oktober yang menepati anggaran pasaran yang meningkat serta kenaikan pada hasil Perbendaharaan AS yang meningkatkan nilai USD.
Pada jam 9.15 pagi, harga emas berada pada paras $2,567.88 iaitu turun 0.18% sejak ia dibuka pada awal dagangan Khamis di sesi Asia.
Bullion melanjutkan kerugiannya untuk hari keempat berturut-turut selepas Biro Statistik Buruh AS (BLS) mendedahkan bahawa pergerakan inflasi teras pada Oktober bergerak seperti jangkaan Wall Street.
Sementara itu, mata wang dolar AS terus mencatatkan keuntungan walaupun pasaran meletakkan harapan tinggi untuk Federal Reserve (Fed) bakal laksanakan pemotongan kadar 25 mata asas pada mesyuarat Disember nanti.
DXY mencecah paras tertinggi pada 106.52 mata melepasi angka bulan April dan ia memperoleh sekitar 0.50%.
Hasil bon Perbendaharaan AS terus meningkat dengan nota penanda aras 10 tahun menghasilkan 4.453% iaitu dua setengah mata asas melebihi hasil pembukaannya.
Selain itu, peserta pasaran melihat kemenangan Trump akan menjejaskan Fed daripada melonggarkan dasar jika inflasi meningkat disebabkan cukai yang rendah dan tarif baharu.
Dagangan menuju ke penghujung minggu ini, pasaran memperhatikan ucapan Pengerusi Fed Jerome Powell, Indeks Harga Pengeluar (PPI) AS dan data pekerjaan yang akan dikeluarkan pada Khamis. Untuk Jumaat, Jualan Runcit akan mengemas kini status pengguna Amerika.