Harapan Pasaran Terhadap Rundingan Perdagangan Semakin Pulih – US Dolar Kembali Mengukuh!

244

Matawang US dolar mengukuh berbanding matawang safe haven yen berikutan harapan pasaran terhadap rundingan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China semakin pulih dan dijangka akan membuahkan hasil selepas laporan terkini melaporkan bahawa China terbuka untuk bersetuju dengan sebahagian perjanjian perdagangan dengan Amerika Syarikat.

Laporan yang dikeluarkan oleh Bloomberg turut menukilkan bahawa Beijing akan menawarkan konsesi bukan teras seperi pembelian produk pertanian sebagai langkah mengurangkan ketegangan perdagangan. Walaubagaimanapun, pegawai perunding yang tidak dinyatakan nama mengatakan bahawa para peruding tidak optimis dalam mementerai perjanjian menyeluruh yang dimana secara langsung akan menamatkan konflik antara kedua buah negara ekonomi besar tersebut.

Laporan ini dikeluarkan selepas sehari pentadbiran Amerika Syarikat bertindak dengan mengenakan sekatan ke atas pegawai kerajaan China dan menyenarai hitamkan 28 syarikat China sebagai bantahan ke atas China kerana telah melanggar isu hak asasi manusia.

Perwakilan Perdagangan Beijing, Liu He akan bertemu Perwakilan Perdagangan AS, Robert Lighthizer dan Setiausaha Perbendaharaan, Steven Mnuchin bermula Khamis ini, kata Rumah Putih dalam satu kenyataan.

Perbicangan akan tertumpu kepada perkara yang diminta oleh Washington sejak tahun lalu iaitu hak harta intelek, pemindahan teknologi proprietari, pertanian dan penguatkuasaan, kata kenyataan Rumah Putih.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama menunjukkan pengukuhan kepada paras 98.755 setakat jam 11.05 p.m.

Disisi lain matawang sterling mula susut jika dibandingkan pada awal sesi dangan kepada paras bacaan 1.2226 berbanding US dolar berikutan kebimbangan terhadap isu brexit.

Akhbar The Times melaporkan bahawa Boris Johnson sedang berhadapan dengan tekanan pembangkan di dalam kabinet dengan sekumpulan menteri merancang untuk meletak jawatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat