Harapan Terhadap Brexit Masih Lonjakkan Dagangan GBP/USD

530

Perkembangan positif rundingan Brexit kembali memberi sokongan terhadap dagangan mata wang Pound Sterling pada minggu ini.

Pasaran berkemungkinan bakal melihat persetujuan rundingan seawal minggu hadapan oleh UK bersama Kesatuan Eropah (EU) selepas proses rundingan terus menemui jalan buntu.

Perdana Menteri Ireland, Michael Martin menyatakan ekonomi UK masih tidak bersedia untuk berdepan situasi pengunduran tanpa perjanjian (no-deal Brexit).

Pound kekal menunjukkan peningkatan pada dagangan minggu ini berbanding US dolar seperti yang dipaparkan pada carta pasangan mata wang GBP/USD.

Pada dagangan semalam, dapat dilihat harga melonjak selepas menguji paras sokongan 1.32000 dan juga paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Kenaikan harga mencapai paras ketinggian pada 1.32700 sebelum mendatar menutup dagangan sesi New York.

Kenaikan yang dijangka akan berterusan pada hari ini bakal menguji pula zon resistance 1.33000 yang diuji pada minggu lalu.

Sekiranya penurunan harga kembali berlaku, paras sokongan 1.32000 akan kembali menjadi tumpuan.

Penurunan lebih rendah harga akan kembali menguji zon support 1.31000 dan juga sekitar 1.30600.

Data inflasi UK pada awal sesi Eropah hari ini akan menjadi tumpuan pelabur yang akan mempengaruhi mata wang Pound.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat