Harga Bitcoin (BTC) Pamer Rentak Positif, Mampukah Harga BTC Terus Melonjak Naik?

845

Bitcoin didagangkan melebihi $45,000 pada petang tadi sebelum mula melakukan pembetulan harga kepada $43,851.22. Ini merupakan kali pertama harga Bitcoin, melepasi paras tersebut sejak 5 Januari apabila kriptowang terus pulih selepas menembusi paras rintangan utama pada hari Jumaat.

Harga Bitcoin telah meningkat lebih 20% daripada paras terendah hari Jumaat lalu dan naik sekitar 37% daripada kitaran rendah yang dicapai pada 24 Januari. Pemangkin untuk kenaikan harga adalah Bitcoin berjaya menembusi arah aliran menurun yang telah bertindak sebagai rintangan sepanjang Januari dan awal Februari.

Paras harga $40,000 yang menjadi rintangan utama berjaya dipecahkan pada hari Jumaat dan mula mencatat momentum menaik membawa harga Bitcoin melonjak melebihi $40,000 sebelum penembusan hari ini melebihi $45,000.

Turut menjadi pemangkin adalah berita bahawa KPMG di Kanada telah menambah Bitcoin dan Ethereum pada kunci kira-kira korporatnya. Firma perakaunan ‘Big 4’ tidak mendedahkan dengan tepat mengenai berapa banyak kripto yang ditambahkan.

Berita bahawa salah satu firma perakaunan terbesar di dunia telah menambah kriptowang pada kunci kira-kiranya akan mengukuhkan lagi hujah bahawa penggunaan aset digital dalam institusi akan dipercepatkan pada tahun akan datang. Walaubagaimanapun ada risiko yang harus ditanggung. Pada suku lepas sahaja, kedua-dua MicroStrategy (NASDAQ:MSTR) dan Tesla (NASDAQ:TSLA) telah mengalami kerugian berikutan pegangan kriptowang mereka.

MicroStrategy mengumumkan bahawa syarikat telah kerugian hampir $150 juta pada Q4 disebabkan penurunan harga Bitcoin berbanding harga di mana ia diperoleh.

Untuk indikasi awal, pemain pasaran kini memberi perhatian pada paras $45,000. Pasaran berharap bitcoin berjaya untuk mengekalkan di atas paras harga ini untuk kembali menguji paras rintangan $50,000. Sebaliknya, purata pergerakan 50 hari boleh bertindak sebagai sokongan pertama pada $42,764. Sokongan jangka pendek juga dilihat pada paraas $42,000-$42,500, sebelum keparas $40,000.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat