Harga Bitcoin Naik 15x Lipat Pada Tahun 2017, Jack Ma Juga Mengaku Hairan Tentang Bitcoin

215

Harga bitcoin meningkat lebih dari 15x lipat pada tahun ini iaitu sehingga keparas harga $16,789.90 pada hari Rabu.

Fenomena kenaikan harga pada suku terakhir tahun ini adalah berikutan peningkatan permintaan dan tindakan pemain pasaran besar dunia seperti CME Group, menyatakan akan menjual Bitcoin di pasaran hadapan pada 18 Disember 2017.

Baru-baru ini, CBOE Global Markets melancarkan pasaran hadapan.CBOE telah melancarkan perdagangan pasaran hadapan pada 11 Disember selepas mendapat kebenaran daripada Commodity Futures Trading Commission.

Ditambah dengan harga bitcoin yang sentiasa menaik, membuatkan ramai ingin menceburi pelaburan tersebut. Dalam masa yang sama, ramai yang hairan dan tidak faham dengan matawang bitcoin tersebut. Bahkan Jack Ma juga hairan dan tidak faham dengan hal tersebut.

Jack Ma dalam salah satu kenyataan mengaku bahawa beliau bingung dengan Bitcoin. Beliau juga mengatakan tidak tertarik sangat dengan mata wang digital tersebut.

Namun beliau mengerahkan Alibaba untuk mengkaji perkembangan blockchain.

Jack Ma berkali-kali pernah ditanya mengenai Bitcoin di pelbagai persidangan yang beliau hadiri.

Jawapan beliau, “Saya jujur bahawa saya hanya tahu sedikit mengenai itu dan saya sendiri juga hairan,” kata Jack Ma.

Bagi beliau, “Jika bitcoin terbukti  bukan sekadar lonjakan dalam ekonomi, keseluruhan sistem internasional dalam perdagangan dan kewangan akan mengalami transformasi. Kami telah menghabiskan banyak usaha dalam teknologi dan perkembangan blockchain,”

Terkini Alibaba telah mula menggunakan teknologi blockchain untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan dan memerangi penjualan makanan palsu.

Pada ketika ini, Alibaba belum berhasrat untuk memasuki pasaran matawang digital terutamanya bitcoin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat