Harga Bitcoin Pulih Semula Selepas Jatuh di Bawah Paras $8,000

481

Harga Bitcoin memantul semula selepas jatuh di bawah paras $8000. Bitcoin jatuh ke paras terendah dengan koin alternatif lain seperti Ethereum (ETH) mengalami kerugian sehingga 20% dua hari lepas. Kini Bitcoin dan koin alternatif lain sedang membuat pemulihan dengan ETH kini berada pada $534 setakat pada pukul 8.07 malam.

Bitcoin melonjak sehingga 16% dari sekitar $7000 kepada $8568 setakat ini. Sekatan terhadap ICO (initial coin offerings) di Amerika Syarikat telah menambah kejatuhan pasaran matawang-crypto selepas sekatan pengiklanan oleh Facebook dan Google.

Facebook sebelum ini telah menghalang pengiklanan matawang-crypto dan kini Google juga mengikuti jejak langkah yang sama. Jika dilihat daripada pergerakan pasaran, sememangnya terdapat kejatuha yang begitu besar dengan modal pasaran matawang crypto ini hanya berjumlah $329 billion berbanding $800 billion yang pernah dicapai hujung tahun lepas.

Ethereum sebagai matawang kedua terbesar di belakang Bitcoin menghadapi kejatuhan sehingga lebih daripada 50% sejak mencapai paras tertinggi $1,300 awal tahun ini.

Kejatuhan yang besar telah menakutkan sebilangan kecil daripada pemerhati untuk memasuki pasaran ini. Tetapi sebarang kejatuhan yang lebih dalam akan memberi peluang kepada peminat matawang crypto mendapatkan matawang-matawang ini pada harga yang sangat murah.

 

Dapatkan siri belajar jana “INCOME DARI CRYPTO” yang akan ditunjukkan kepada anda step by step. https://belajar.moshed.com/crypto/

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat